Friday, August 20, 2010

Bentuk Muka PENGARUHI GAYA TUDUNG DAN SELENDANG

Salam semua..hari ni ayu nak bagi tip pakai shawls/tudung mengikut bentuk muka.Ayu ambik tip ni dari majalah DARA.COM tau...maybe ada antara korang yang x beli majalah ni.jadi apa salahnye ayu ambik dan kongsi dengan korang semua.
Jom kita tengok jom..Shawls/tudung mana yang sesuai dengan bentuk muka anda.
Bentuk muka di atas adalah bentuk muka oval.
Bentuk muka oval biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung,bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi mereka yang mempunyai bentuk muka oval pula,mereka bebas memilih gaya bertudung,bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband.Jadi buat penggemar selendang,mereka bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Contoh aku pakai selendang untuk bentuk muka oval..eh aku ni bukan oval..contoh je..hik3..
Bentuk Muka Petak
Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama,tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka Panjang
Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan. Contoh Tudung Syiria digayakan olehku walaupun x sesuai bangat.lalalla...
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut.
Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Jeng..jeng...cuba jangan x cuba ye tip di atas tu.
Bentuk Muka Bulat.
Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
contoh pemaikaian hairband.eh kat mana nak dapatkannye..boleh dapatkan di link bawah ni ek.
Haa...itulah serba sedikit cerita tentang bentuk muka pengaruhi gaya tudung anda.
bagi mereka yang muka bentuk oval,petak,panjang,segitiga dan bulat kini jangan takut lagi ye..korang boleh cuba tip di atas tu..

Ehhh ni bentuk muka ape??haaa ni x de bentuk..agagaga...cuba la teka bentuk muka apa...

Nak dapatkan shawls/tudung yang cantik2 bolehla ke blogshop aku ye..

http://shawlsayucinta.blogspot.com

6 comments:

firahadifa said...

wah.. good info! thanks

ayucinta said...

welcome dear..

nura kaichi said...

macam mane nk tau bentuk muka kite ek? xreti la..

Anonymous said...

THnQ 4 the info..

eyta noor said...

Macamne nk order

eyta noor said...

Macamne nk order